Saturday 14 March 2009

Journalism Process

We have four stages:

  1. Indentify and find news and/or information which will attract anda interest the key audience;
  2. Collect all the materials needed to tell the story/provide the information;
  3. Select from the collection the best material;
  4. Present that material as effectively as possible.

News Categories

We have two categories:

  1. Hard news
  2. Soft news
  • Hard news; it includes stories of a timely nature about event or conflicts that have just happened orf about to happen. Basically an account of what happened and how readers will be affected. These stories have immediacy.

  • Soft news; It is also called feature. It covers a wide terriory. Basically it is news that entertains or informs, with an emphasis on human interest and novelty less immediacy than hard news

Friday 20 February 2009

Post Production

Rasanya tidak asing term "post poroduction" bagi mereka yang terlibat dengan aktiviti pembikinan program-program tv, khususnya bagi penghasilan dokumentari.

Post porduction di dalam bahasa melayu bermaksud pasca penerbitan, ertinya kerja-kerja membuat pakej program tersebut selepas mengambil gambar video. Mungkin gambar video masjlis perkahwinan mahupun gambar video dokumentari untuk siaran stesen televisyen.

Posca ponerbitan ialah kerja-kerja preview bahan, offline, menyediakan skrip latar, online, adunan suara dan pratonton untuk kelulusan pegawai.

Preview

Preview bahan atau pra-tonton gambar-gambar video adalah bertujuan untuk menandakan point dimakah yang harus dipotong, dan dimanakah point yang harus diambil. Dalam term penerbitan tv disebut logging mengambil TCR. TRC bermaksud Time Code Recording.

Tujuan preview bahan ialah menyalin percakapan orang yang ditemuramah untuk dijadikan transcript. Selain itu pra-tonton juga untuk mengatur transcript bagi paper cut dan assemble cut. Maksud 'cut' ialah potongan gambar-gambar video.

Suntingan Off Line

Suntingan atau term yang diguna dalam editing film ialah offline dan online. Offline bermasud kerja menyunting gambar-gambar video berpandukan paper cut (line up) yang dibuat semasa pra-tonton itu. Kadang-kadang bagi menambah cantik dan menarik ditambah dengan gambar-gambar video dari arkib.

Bahan arkib juga diperlukan sekiranya gambar-gambar video yang diambil itu tidak mencukupi seperti gambar semasa orang itu masa kecil, gambar tanah runtuh atau gambar Tunku Abdul Rahmah melaongkan merdeka! Merdeka! di zaman dulu-dulu.

Skrip suara latar

Skrip suara latar (voice over) perlu disediakan selepas kerja editing offline. Ini kerana gambar-gambar video yang disunting itu terdapat keperluan kepada suara latar. Keadaannya juga perlu kepada suara latar jika orang yang bercakap dalam gambar video itu tidak menggunakan bahasa yang sama.

Online

Online juga adalah kerja editing. Akan tetapi online lebih kepada make up setelah dipakej melalui editing offline. Kerja editing online ini untuk mengadakan effek video, dissolve, mix, cut, masukkan tajuk, tanda nama, grafik, gambar-gambar insert, credit nama dan clossing credit.

Audio Mixing

Audio mixing atau adunan suara disebut juga sebagai audio dabbing adalah memberi maksud memasukkan suara selepas gambar-gambar video itu siap dipakej tetapi ia belum mempunyai adunan suara. Kerja-kerja adunan suara ialah untuk memasukkan suara latar (narration), kesan bunyi, muzik dan lagu.

Selepas langkah-langkah dalam pasca penerbitan siap, sesebuah dokumentari misalnya perlu ditonton (preview) oleh pegawai sebelum boleh ditayangkan kepada khalayak. Namun di RTM bahan itu perlu ditonton terlebih dulu oleh pegawai, panel dan pihak penapis film sebelum diluluskan di kaca tv. Preview sebelum ditayangkan umum dalam term penerbitan disebut sebagai pra-tonton.

Skrip Drama

Pengalaman saya semasa bertugas di Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri mendapati terdapat pegawai atasan tidak memahami tugas dan term-term yang digunakan oleh penyiaran.

Sekiranya seorang pegawai tidak faham dengan bidang tugas orang bawahan, selalunya akan menimbulkan kekeliruan procedure dan melaksana tugas. Anjakan yang perlu dilakukan oleh seorang pogawai ialah memberi tahu apakah tugas yang perlu dilakukan oleh kaki tangan bawahan.

Menerbitkan dokumentari video misalnya adakah recording script perlu disiapkan terlebih dahulu atau selepas penggambaran. Adakah sama seperti menerbitkan sebuah drama tv. Skrip drama tv memang perlu disediakan sebelum penggambaran.